Carian Dalam Blog

LATAR BELAKANG KOLEJ AMINUDDIN BAKI

Kolej Kediaman Aminuddin Baki terletak di kawasan Behrang yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Proton mempunyai jarak sejauh lima kilometer dari Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kolej Kediaman Aminuddin Baki (KAB) ditubuhkan pada tahun 2000 dan memiliki empat buah blok yang berkeupayaan menampung kira-kira 1,100 orang pelajar pada satu satu masa. Pada tahun 2002, sebanyak dua buah blok telah dibuka bagi menampung pelajar seramai 1,800 orang dan seterusnya kolej telah menyiapkan sebanyak empat buah blok yang membawa jumlah sebanyak sepuluh buah blok bagi menampung keseluruhan penghuni kolej seramai hampir 3,000 orang pelajar.

Bermula 1 Oktober 2002, pentadbiran Kolej Kediaman Aminuddin Baki telah dibahagi dua di mana Kolej Kediaman Aminuddin Baki dikekalkan namanya manakala sebuah lagi pentadbiran dikenali sebagai Kolej Kediaman Za’ba. Masing-masing mentadbir lima buah blok yang dapat menampung hampir kira-kira 1,300 orang pelajar pada satu-satu masa.

0 Comments:

Post a Comment



 

Aplikasi Atas Talian