Carian Dalam Blog

MALAM SATU MALAYSIA SATU KAB MENDAPAT SAMBUTAN

Kehadiran Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Prof. Dr Shaharudin bin Abdul Aziz, telah memeriahkan suasana majlis Malam Satu Malaysia Satu Kab yang bertemakan ‘Rantaian Kasih, Jalinan Mesra di Aidilfitri’ anjuran Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki, di foyer JMK KAB pada 6 Oktober 2010 bersamaan 27 Syawal 1431 Hijrah. Program ini telah dihadiri lebih 800 orang pelajar dan kakitangan pengurusan Kolej Aminuddin Baki. Program yang bermula pada  jam 9 malam hingga 11 malam itu turut dihadiri Pengetua Kolej Aminuddin Baki, Encik Zulkifli bin Mamat dan Yang di-Pertua kolej-kolej kediaman Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pelbagai juadah disediakan seperti ketupat, lemang, nasi minyak, mihun sup, mee goreng serta buah-buahan bagi membuka selera pelajar dan tetamu yang hadir. Kesemua juadah ini telah disediakan oleh para pelajar melalui aktiviti gotong-royong memasak yang bermula dari 5 Oktober malam sehingga keesokan petangnya. Melalui aktiviti ini, secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama dan perpaduan antara penghuni kolej Kab tanpa mengira kaum. Hal ini bertepatan dengan misi KAB yang ingin menerapkan semangat kekeluargaan antara penghuni kolej. Pada majlis itu juga pelbagai persembahan yang dilakukan oleh para pelajar KAB seperti koir, band dan dikir barat daripada kumpulan Adiwarna. Selain itu, terdapat juga acara sampingan yang disediakan seperti cabutan bertuah dan King and Queen. Program tahunan ini dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan sillaturrahim  dan ukhwah antara penghuni kolej Aminuddin Baki sempena Aidilfitri.

0 Comments:

Post a Comment



 

Aplikasi Atas Talian