Carian Dalam Blog

BENGKEL FASILITATOR DAN KEUSAHAWANAN

Pada 17 dan 18 Julai 2010 yang lepas, Exco Akademik dan Kerjaya serta Exco Ekonomi dan Keusahawanan, Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki sesi 2010/2011 telah bergabung mengadakan Bengkel Fasilitator dan Keusahawanan yang bertemakan “Gaya Kepimpinan Tunjang Kebitaraan Mahasiswa”. Seramai 120 orang telah terlibat sebagai peserta untuk program kali ini. Aktiviti yang diketuai oleh Mohd Ramdan Mohd Zin telah mendapat reaksi yang positif kerana rata- rata mengatakan bahawa mereka sangat seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Program yang berlangsung selama dua hari ini telah berjaya mencungkil bakat- bakat yang terpendam seperti bakat kepimpinan organisasi dan kemahiran dalam  menguruskan kewangan. Menurut pengarah program, Saudara Mohd Marwan bin Mazelan, beliau yang pertama kali menjadi pengarah bersama Puteri Dewi bt Anuar tidak menyangka bahawa program ini akan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua pelajar Kolej Aminuddin Baki. Selain itu,para peserta juga diajar beberapa ‘energizer’ agar mereka sentiasa aktif sepanjang program. Majlis penutup yang diadakan pada hari Ahad telah disempurnakan oleh pengetua Kolej Aminuddin Baki, Encik Zulkifli bin Mamat sambil disaksikan oleh Felo Blok A, Tuan Sayed Muhd Arif bin Sayed Yahya dan Felo Blok B, Ustaz Rosli @ Rosliza bin Mahmud.  “Saya berharap agar para peserta dapat menimba ilmu dan pengalaman untuk dijadikan bekalan sebagai ahli fasilitator dan siswa niaga yang berjaya kelak”, kata Encik Zulkifli bin Mamat. 


Sesi refleksi oleh salah seorang peserta


Sesi taklimat yang diberikan oleh ketua fasilitator


Sesi pembentangan hasil kumpulan

0 Comments:

Post a Comment



 

Aplikasi Atas Talian