Carian Dalam Blog

Pada 14 hingga 30 Julai 2010 yang lalu, Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Kediaman Aminuddin Baki telah berjaya melancarkan satu sesi pendaftaran unit beserta dengan Seminar Etiket Protokol dan Seminar Pengurusan Organisasi sempena program Pelestarian Insaniah Aminuddin Baki yang bertempat di perkarangan Foyer KAB  dan Pusat Aktiviti Pelajar. Program anjuran Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa KAB dengan kerjasama Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Kediaman Aminuddin Baki  ini merupakan rentetan daripada program Aminuddin Baki 3G (Go, Grow, Glow). Secara dasarnya, program ini dilaksanakan adalah untuk membuka peluang kepada semua penghuni Kolej Aminuddin Baki untuk mendaftarkan diri dalam setiap unit di bawah setiap Biro  Jawatankuasa Mahasiswa Kolej, Kolej Aminuddin Baki yang bertemakan “Insaniah Intelek Perintis Budaya Kecemerlangan”. Seawal 9.00 pagi, kaunter pendaftaran telah dibuka pada dua hari berturut- turut iaitu 14 dan 15 Mei 2010. Manakala pada 16 hingga 29 Julai pula, berlangsungnya sesi pendedahan dan suai kenal antara ahli-ahli unit dalam setiap biro tersebut. Seminar Etiket Protokol dan Pengurusan Organisasi yang telah disampaikan oleh Tuan Sayed Muhd. Arif Bin Sayed Yahya merupakan kemuncak untuk program ini. Menurut pengarah program, Saudari Nur Farhah Fadhillah Binti Yahi, beliau berharap agar program sebegini mampu mewujudkan satu platform yang baik dalam mewujudkan hubungan ukhwah di antara satu sama lain.



Sesi pendaftaran unit


Sesi pendaftaran seminar etiket protokol dan pengurusan organisasi


Perasmi malam penutupan Program Pelestarian Insaniah, Encik Zulkifli bin Mamat serta Felo Blok A, Tuan Sayed Muhd Arif bin Sayed Yahya diiringi bersama Pengarah Program

0 Comments:

Post a Comment



 

Aplikasi Atas Talian