Carian Dalam Blog

Pada 24 dan 25 Julai 2010, Exco Akademik dan Kerjaya Kolej Aminuddin Baki telah mengadakan program yang berbentuk akademik antara kolej. Program Simfoni Ilmu telah berjaya dilangsungkan selama dua hari berturut-turut. Antara pengisian program pada hari pertama adalah bengkel pidato, pantun dan sajak. Setiap bengkel telah dikendalikan oleh penceramah yang berbeza. Pelbagai ilmu baru telah berjaya dikumpul oleh semua peserta bengkel.  Manakala, pada hari kedua pula telah dijalankan pertandingan pidato antara kolej yang bertempat di Dewan Kolej Za’ba. Setiap kolej kediaman UPSI telah berjaya menghantar tiga orang wakil untuk pertandingan ini.  Pertandingan yang diselangi dengan persembahan koir dan Demonstrasi Debat antara pasukan debat Bahasa Melayu UPSI dengan pasukan debat Kolej Aminuddin Baki telah menarik minat para pelajar semester satu. Majlis perasmian penutupan telah diserikan dengan kehadiran pengetua Kolej Aminuddin Baki, Encik Zulkifli bin Mamat dan felo- felo kolej kediaman. “Secara keseluruhannya, walaupun program ini tidak berjaya menarik peserta pada awal paginya kerana masing- masing terlibat dengan kokorikulum, namun ianya telah berjaya diatasi pada sebelah petangnya”, ujar pengarah program, Saudara Mohd Shahril bin Khasin. 

0 Comments:

Post a Comment



 

Aplikasi Atas Talian