Carian Dalam Blog

Pada bulan Ogos yang lepas, Sekolah Menengah Bandar Baru Batang Kali, Hulu Selangor telah menjemput sebuah kumpulan daripada unit fasilitator Kolej Aminuddin Baki untuk mengendalikan kursus kepimpinan pengawas yang bermula sekitar jam 11 pagi.  Peserta yang terdiri daripada badan pengawas telah didedahkan dengan pelbagai pengalaman baru menerusi aktiviti yang dijalankan. Aktiviti-aktiviti tersebut membantu untuk membina kemahiran insaniah sebagai seorang pemimpin. Sebanyak lima modul Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah diadakan dan dilaksanakan dengan jayanya. Sepanjang kursus ini berlangsung, para peserta telah memberikan sokongan yang padu dengan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang diadakan.  Hasil daripada aktiviti ini, peserta dapat memberikan refleksi yang rata- ratanya positif.  Antara aktiviti yang diadakan termasuklah Bukit Idaman, Di Luar Kotak dan Siapa yang Layak. Setiap aktiviti diselangi dengan ‘energizer’. ‘Energizer’ bertujuan untuk menarik perhatian peserta untuk membuatkan peserta tidak jemu dan bersemangat untuk meneruskan aktiviti yang seterusnya. Sebagai pengakhiran, ketua fasilitator telah memberikan kata- kata semangat dan para peserta telah diperingatkan mengenai tanggungjawab yang dipikul perlulah dilaksanakan dengan sempurna tanpa menjejaskan tugas sebagai seorang pelajar.

0 Comments:

Post a Comment



 

Aplikasi Atas Talian