Carian Dalam Blog

Pada 21 Julai yang lepas, satu dialog antara MPP bersama dengan pelajar Kolej Aminuddin Baki telah diadakan yang bertempat di Foyer Kolej Aminuddin Baki. Program anjuran Biro Perhubungan Awam dan Antarabangsa ini telah mendapat reaksi positif daripada hampir semua pelajar Kolej Aminuddin Baki kerana segala permasalahan mereka telah dapat disalurkan untuk dibincangkan bersama MPP. Antara isu yang diketengahkan dan hangat dibicangkan adalah seperti isu kekurangan bas yang telah menyukarkan pergerakan pelajar dari kolej ke kampus dan juga sebaliknya. Secara keseluruhannya, program yang pertama kali diadakan antara kolej kediaman dengan barisan kepimpinan Universiti Pendidikan Sultan Idris mendapat pujian daripada YDP MPP UPSI sendiri iaitu Saudara Mohd Razik bin Khalid. Antara barisan panel yang telah membincangkan isu- isu yang dikemukan adalah terdiri daripada YDP MPP, TYDP MPP, Bendahari dan Biro Kebajikan MPP bersama dengan barisan tertinggi kepimpinan Kolej Aminuddin Baki dan Tuan Syed Mohd Arif sebagai wakil pengetua. Diharapkan program seperti ini dapat lagi dianjurkan pada masa akan datang supaya segala permasalahan para pelajar dapat dikemukan dan di jawab terus oleh pihak MPP.


Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 


Barisan Majlis Tertinggi JMK KAB


Antara penghuni KAB yang turun

0 Comments:

Post a Comment



 

Aplikasi Atas Talian