Carian Dalam Blog

Pada 28 Julai 2010, satu majlis perlantikan REXCO dan AJK blok telah diadakan yang bertempat di Foyer JMK Kolej Aminuddin Baki. 3 orang REXCO telah dilantik untuk setiap biro dalam Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki. Majlis ini telah dihadiri oleh tetamu jemputan yang sangat istimewa iaitu TNC JHEPA, Prof Dr Shaharuddin bin Abd Aziz bersama ayahanda Pengetua Kolej Aminuddin Baki, Encik Zulkifli bin Mamat serta felo- felo kolej kediaman. Kehadiran staf- staf pentadbiran juga telah turut menyerikan lagi majlis pada malam tersebut. Majlis ini yang dianjurkan oleh majlis tertinggi Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki sesi 2010/2011 dan dipegang sendiri oleh NYDP JMK KAB iaitu, Mohd Fifi Ezuandy bin Mohd Zain telah berjalan dengan lancar. Majlis pada kali ini agak berbeza dengan majlis perlantikan yang sebelum ini kerana buat pertama kalinya AJK blok turut diraikan diberikan watikah perlantikan untuk sepenggal. Selain itu, majlis ini juga membawa sedikit kelainan kerana pada awal paginya, satu gotong royong memasak telah diadakan yang bermula pada pukul 8 pagi. Walaupun agak penat, namun majlis ini tetap berjalan dengan lancar dengan bantuan semua rexco dan AJK blok. Diharap dengan perlantikan REXCO dan AJK BLOK, dapat membantu sedikit sebanyak tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki sesi 2010/2011.


Majlis penyerahan watikah REXCO


Antara dif- dif jemputan program


Sesi gotong- royong yang diadakan pada sebelah petang

0 Comments:

Post a Comment



 

Aplikasi Atas Talian