Carian Dalam Blog

PEMBUKAAN BULAN KEMERDEKAAN MERIAH

Pada 1 Ogos yang lalu, satu majlis telah diadakan bersempena dengan Kempen Bulan Kemerdekaan yang akan berlangsung bermula dari 1 Ogos sehingga 26 September 2010. Majlis tersebut yang bertemakan “1 Malaysia Perpaduan Bersama” telah diadakan di Foyer JMK Kolej Aminuddin Baki. Program tersebut merupakan anjuran Exco Perpaduan dan Integrasi, Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengetua Kolej Kediaman Aminuddin Baki iaitu Encik Zulkifli Bin Mamat dan disaksikan oleh barisan felo blok kediaman, Jawatankuasa Mahasiswa Kolej dan semua penghuni Kolej Aminuddin Baki. Antara persembahan yang telah diadakan pada malam tersebut ialah persembahan puisi dan sajak yang bertemakan kemerdekaan. Selain itu, majlis juga diserikan dengan persembahan tarian tradisional. Pelancaran replika 1 KAB, 1 MALAYSIA juga turut menjadi impak dalam majlis ini. Majlis pada malam tersebut diteruskan dengan sesi penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada semua ketua blok Kolej Aminuddin Baki yang telah disempurnakan oleh En.Zulkifli Bin Mamat yang diiringi oleh saudari Fatehah Bt Muhamad, selaku Pengarah Program. Secara kesimpulannya, program ini dapat menanam sifat patriotik dan semangat cintakan tanah air dalam diri setiap pelajar sekaligus mewujudkan persefahaman dalam kalangan mereka yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.


Pelancaran replika 1 KAB 1 MALAYSIA


Antara persembahan sebagai penyeri majlis


Barisan AJK pelaksana program

0 Comments:

Post a Comment



 

Aplikasi Atas Talian