Carian Dalam Blog

Pada 6, 7 dan 8 Ogos 2010, Exco Sukan dan Rekreasi Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki telah menganjurkan satu Karnival Sukan Tahunan (KST), Kolej Aminuddin Baki yang bertempat di Gelanggang Sukan Kolej Za’ba dan Foyer JMK, Kolej Aminuddin Baki. Karnival yang berlangsung selama 3 hari ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penghuni Kolej Aminuddin Baki. Menurut pengarah program, Mohd Nur Hidayat bin Hashim, karnival seperti ini adalah julung- julung kali diadakan di KAB. Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk mencari bakat- bakat baru yang terpendam dalam diri setiap penghuni kolej dan sebagai langkah persediaan untuk ke Temasya Sukan Tahunan dan Kejohanan Olahraga Tertutup UPSI. Antara pertandingan yang diadakan adalah seperti sepak takraw, bola sepak, bola tampar, congkak dan karom.  Kehadiran Tuan Syed Muhd Arif bin Syed Yahya sebagai perasmi majlis telah menyerikan lagi majlis penutupan karnival ini. Pelancaran logo Karnival Sukan Tahunan KAB telah disempurnakan oleh perasmi majlis. Setiap peserta yang bertanding telah mendapat pingat dan piala pusingan KST.


Antara permainan dalaman yang diadakan


Pasukan futsal wanita


Barisan AJK pelaksana yang telah menjayakan program sukan ini

0 Comments:

Post a Comment



 

Aplikasi Atas Talian