Carian Dalam Blog

BAZAR RAMADHAN KAB MERIAH

Pada 11 Ogos 2010, Exco Ekonomi dan Keusahawanan KAB, telah mengadakan Bazar Ramadhan KAB yang bertemakan “Perniagaan Mengeratkan Ukhwah Silaturahim”. Objektif utama program ini adalah untuk memudahkan pelajar mendapat juadah berbuka puasa di bulan Ramadhan dengan pelbagai pilihan. Selain itu, aktiviti ini membuka peluang kepada para peniaga dan pelajar untuk berniaga dan menambahkan punca pendapatan mereka. Program ini berlangsung selama 24 hari dari 11 Ogos 2010 hingga 31 September 2010 bertempat dihadapan pintu utama Kampus Sultan Azlan Shah. Ramai peniaga dan pelajar terlibat dalam menjayakan bazar ini. Menurut Pengarah Program, Saudara Mohd Marwan B Mazelan, program seumpama ini amat berguna kepada semua penghuni dan peniaga yang terlibat kerana mereka dapat menambahkan pendapatan disamping mencungkil bakat berniaga mereka. “Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar walaupun berlaku sedikit masalah pada awalnya, kerana terdapat sedikit perubahan tempat tapak berniaga. Tetapi semuanya dapat diatasi dengan baik”, ujar pengarah program.

0 Comments:

Post a Comment



 

Aplikasi Atas Talian