Carian Dalam Blog

PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN TERCAPAI OBJEKTIF

Pada 26 September yang lalu, majlis penutupan bulan kemerdekaan telah diadakan bersempena Kempen Bulan Kemerdekaan yang telah berlangsung pada 1 Ogos hingga 26 September 2010. Majlis tersebut telah berlangsung bertempat di Foyer JMK Kolej Aminuddin Baki. Program Kempen Bulan Kemerdekaan ini merupakan anjuran Exco Perpaduan dan Integrasi jawatankuasa Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki. Majlis penutup ini telah disempurnakan oleh Pengetua Kolej Aminuddin BAki, Encik Zulkifli Bin Mamat dan telah disaksikan oleh barisan felo blok kediaman, wakil staf kolej, Jawatankuasa Mahasiswa Kolej dan semua penghuni Kolej Aminuddin Baki. Sepanjang kempen itu dijalankan pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan oleh ahli jawatan kuasa pelaksana antaranya ialah menulis cerpen, menulis sajak, mendeklamasikan sajak, pertandingan menghias bilk bacaan setiap blok dan sebagainya. Kempen yang bertemakan “1 Malaysia Perpaduan Bersama” ini melibatkan semua penghuni Kolej Aminuddin Baki dan setiap penghuni telah memberikan kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan kempen ini. Penglibatan penghuni kolej dalam setiap aktiviti begitu memberangsangkan. Majlis penutup yang diadakan ini diserikan lagi dengan persembahan tarian tradisional daripada Unit Kesenian dan Kebudayaan kolej, nyanyian dan deklamasi sajak oleh pemenang. Secara kesimpulannya, program ini mampu menerapkan semangat patriotisme, menggalakkan nilai perpaduan antara semua kaum dalam kalangan warga Kolej Aminuddin Baki, semangat cintakan tanah air dalam diri setiap pelajar sekaligus mewujudkan persefahaman dalam kalangan mereka yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dan secara tidak langsung dapat mencungkil bakat-bakat baru penghuni kolej melalui penglibatan dalam program yang telah dijalankan ini.


Antara jemputan yang hadir


Sesi penyampaian hadiah kepada para peserta


Persembahan tarian tradisional sebagai acara penutupan

0 Comments:

Post a Comment



 

Aplikasi Atas Talian