Carian Dalam Blog

NUUR RAMADHAN BULAN SERIBU RAHMAT

Pada 8, 15, 21 dan 27 Ogos 2010, Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki telah menganjurkan satu Program Sinar Nuur Ramadhan yang bertempat di sekitar Kolej Aminuddin Baki. Program ini yang berlangsung selama sebulan telah  mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa dan mahasiswi serta staf-staf Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Menurut pengarah program, Mohamad Farhan bin Gorment, program ini telah banyak kali diadakan setiap tahun tetapi program kali ini terdapat banyak pembaharuan yang telah dilakukan seperti penukaran nama tema program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menghidupkan suasana Ramadhan dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah selain menghubungkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga kolej tanpa mengira bangsa secara amnya dan ukhuwah Islamiah sesama muslim khususnya melalui aktiviti gotong-royong seperti penyediaan juadah berbuka puasa sepanjang bulan puasa. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh tersebut ialah Perasmian Sinar Nuur Ramadhan (Bulan Seribu Rahmat), Seminar Puasa Dari Sudut Kesihatan, Majlis Berbuka Puasa, Qiamullail dan Sahur Perdana dan Majlis Penutupan Sinar Nuur Ramadhan. Kehadiran Encik Zulkifli bin Mamat, Pengetua Kolej Aminuddin Baki sebagai perasmi majlis telah menyerikan lagi majlis pembukaan dan penutupan Program Sinar Nuur Ramadhan pada tahun ini. Semua peserta yang telah menyertai aktiviti mendapat cenderahati sebagai tanda penghargaan.

0 Comments:

Post a Comment



 

Aplikasi Atas Talian