Carian Dalam Blog

Exco Sukan dan Rekreasi KAB telah menjalankan satu program terbaru ke UTM International Campus pada 26 September 2010 (Ahad) bersempena dengan Jelajah Sukiasi KPT 2010. Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa Kediaman Siswa Semarak (JKM-KSS) telah berbesar hati menerima kehadiran Kolej Aminuddin Baki untuk melaksanakan beberapa aktiviti seperti sesi dialog yang telah berlangsung di Dewan Jumaah, UTM IC dan perlawanan sukan persahabatan seperti sukan bola sepak, bola tampar dan bola jaring. Dialog yang berlangsung juga sedikit sebanyak membuka mata kedua-dua pihak dalam melakukan sesebuah aktiviti atau program kerana ianya bakal memberi impak yang besar kepada semua mahasiswa yang terlibat. Antara perkara yang rancak dibincangkan pada sesi dialog tersebut ialah berkaitan dengan sistem pengurusan aktiviti kolej kediaman, kebajikan mahasiswa di kolej kediaman serta fasiliti yang terdapat di kolej kediaman masing-masing. Majlis penutup telah diserikan lagi dengan kehadiran kedua-dua pengetua kolej kediaman iaitu Encik Zulkifli bin Mamat (Pengetua KAB, UPSI) dan Encik Noraimi bin Shafie (Pengetua KSS, UTM IC) termasuk felo dan staf kolej kediaman. Pada majlis tersebut, kedua-dua pengetua kolej kediaman amat berharap agar program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang kerana berjaya memberi input yang sangat berguna bagi semua pihak. Majlis tersebut telah diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang.


Sesi dialog bersama barisan pemimpin kedua- dua buah kolej


Pasukan bola sepak UTM-IC dan UPSI


Perlawanan bola jaring wanita


0 Comments:

Post a Comment



 

Aplikasi Atas Talian