Carian Dalam Blog

Satu kunjungan istimewa daripada Kolej Aminuddin Baki pada 17 Oktober 2010 telah disambut dengan mesra oleh Majlis Tindakan Kolej Ungku Aziz pada tepat pukul 2.45 petang. Kunjungan seramai 100 orang telah diraikan di Dewan Pendita KUAZ. Sesi bertukar pendapat antara MTK KUAZ yang diketuai oleh Presiden MTK KUAZ, Saudara Mohd Asri bin Zulkifli yang juga merangkap Presiden antara kolej- kolej kediaman dengan JMK KAB yang diketuai oleh Naib Yang di-Pertua JMK, Saudara Mohd Fifi Ezuandy bin Mohd Zain telah berlangsung selama lebih kurang 1 jam 30 minit. Antara perkara yang dibincangkan adalah program yang telah dijalankan sepanjang satu semester. Tentatif telah bersambung selepas asar dengan acara sukan. Antara sukan yang telah dipertandingkan adalah bola tampar wanita dan lelaki, futsal wanita dan lelaki, bola jaring dan sepak takraw. Selain itu, terdapat juga permainan dalaman yang telah disediakan khusus untuk Kolej Aminuddin Baki iaitu catur bestari. Exco MTK KUAZ juga tidak ketinggalan untuk menyertai sukan yang diadakan. Majlis penutup pada sebelah malam telah diserikan dengan kehadiran Encik Raizol selaku wakil pengetua Kolej Aminuddin Baki dan pengetua Kolej Ungku Aziz. Secara keseluruhan, program ini telah mendapat pujian daripada Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Ungku Aziz, kerana pihak Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Aminuddin telah berjaya melangsungkn program yang berbentuk akademik disamping santai.


Pasukan bola tampar lelaki KAB


Sesi penyampaian cendermata kenangan oleh Presiden MTK KUAZ kepada Pengarah Program


Barisan pimpinan KAB dan KUAZ

0 Comments:

Post a Comment



 

Aplikasi Atas Talian