Carian Dalam Blog

Pada 24 Oktober 2010, satu program Jelajah Sukiasi KPT telah selamat berlangsung di Kolej Lima Belas, Universiti Putra Malaysia dengan jayanya. Program ini adalah kesinambungan daripada Jelajah Sukiasi ke Kolej Ungku Aziz, Universiti Malaya dan Kolej Siswa Semarak, Universiti Teknologi Malaysia cawangan Kuala Lumpur. Program yang julung- julung kali diadakan oleh Exco Sukan dan Rekreasi Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki sesi 2010/2011 telah mendapat reaksi yang positif oleh Presiden Kolej Lima Belas, Saudara Mohd Hanif. Menurut beliau, program ini adalah program pertama kunjungan luar ke Kolej Lima Belas dan sesi bertukar pendapat mengenai kolej masing- masing sangat kreatif kerana pelbagai perkara dapat dibincangkan. Antara isu yang paling hangat dibincangkan adalah bagaimana cara yang digunakan oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Lima Belas untuk menarik para pelajar turun menyertai aktiviti yang dianjurkan. Pada sesi petang pula, tentatif bersambung pada acara sukan. Pihak penganjur, Kolej Aminuddin Baki telah membawa seramai 60 orang atlit yang telah dipilih secara berperingkat dengan menjalani latihan yang diadakan pada setiap malam di Gelanggang Sukan Kolej Za’ba. Antara sukan yang telah dipertandingkan secara persahabatan adalah bola tampar wanita dan lelaki, bola sepak, futsal wanita dan lelaki dan bola jaring. Menurut pengarah program, Saudara Mohd Zakwan bin Abdullah objektif program ini telah tercapai kerana rata- rata atlit serta AJK Pelaksana memberikan reaksi yang positif. Majlis penutup telah diserikan dengan kehadiran Tuan Sayed Muhd Arif bin Sayed Yahya sebagai wakil pengetua dan pengetua Kolej Lima Belas.  Sebagai penghargaan kerana kunjungan pertama ke Kolej Lima Belas, Kolej Aminuddin Baki telah diberi sedikit canderamata dan pemberian ini dibalas oleh Kolej Aminuddin Baki. 


Sesi dialog antara JMK KAB dengan MTM KOLEJ 15




Perlawanan futsal lelaki


Selaku wakil pengetua, Tuan Sayed Muhd Arif bin Sayed Yahya sebagai perasmi program

0 Comments:

Post a Comment



 

Aplikasi Atas Talian