Carian Dalam Blog

Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) serta penghuni Kolej Aminuddin Baki telah berjaya mengikuti program Baktisiswa Berbunga Kasih Berakar Sayang selama 4 hari 3 malam di Kampung Pulai, Pendang, Kedah. Program yang mendapat kerjasama daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia serta Jawatankuasa Kampung Pulai telah bermula pada 14 Disember hingga 17 Disember 2010. Seramai 18 buah keluarga angkat telah melibatkan diri dalam menjayakan program ini.

Program ini telah berjaya memberi pendedahan kepada bakal- bakal guru tentang kehidupan bersosial di kawasan kampung. Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya seperti sukaneka, senamrobik, motivasi di sekolah, ceramah pertanian daripada pihak MADA, ziarah orang kampung dan gotong royong memasak.

Menurut Pengetua Kolej Aminuddin Baki, Encik Zulkifli bin Mamat, “program yang dirancang telah meliputi elemen keilmuan dan kemahiran insaniah seperti komunikasi, kerjasama, semangat setiakawan dan menyelesaikan masalah yang perlu ada dalam diri setiap bakal graduan guru”.

Kehadiran ahli parlimen Pendang telah memeriahkan lagi majlis perasmian penutupan program baktisiswa ini. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak UPSI kerana memilih Kampung Pulai seabagai lokasi kawasan keluarga angkat.

Setiap peserta yang mengikuti program ini telah mendapat pengalaman yang baru memandangkan ini adalah program baktisiswa yang julung- julung kali diadakan di kawasan jelapang padi. 


Majlis Penyerahan Anak Angkat



Gotong- royong Memasak





Sukaneka untuk Penduduk Kampung


Program Motivasi untuk Pelajar Sekolah



0 Comments:

Post a Comment



 

Aplikasi Atas Talian