Carian Dalam Blog


Pelajar ambilan Disember 2010/2011 telah memperlihatkan mahasiswa berjaya mengatasi bilangan mahasiswi di Kolej Aminuddin Baki. Justeru itu, Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah telah diberi amanat untuk mengendalikan program orientasi Minggu Tautan Kasih yang bertemakan “Mahasiswa Menyelusuri Pendidikan Bestari”. Program orientasi yang julung- julung kali dikendalikan oleh Biro di bawah Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) telah berjaya dilaksanakan mengikut rancangan yang telah ditetapkan dua minggu sebelum program berlangsung.
Program yang berlangsung selama 3 hari di Foyer JMK telah disusun secara rapi oleh AJK Aktiviti yang merangkumi perkembangan fizikal dan mental. Walaupun bilangan pelajar perempuan kurang, namun tidak menghalang mereka untuk turut aktif dalam menceriakan program ini. Seperti program- program lepas, Minggu Tautan Kasih (MTK) juga mengamalkan aktiviti gotong royong memasak. Selain dapat mengeratkan silaturrahim, aktiviti ini juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan.
Antara aktiviti yang telah diadakan adalah seperti perjumpaan bersama rakan penggerak Ad-din (RPA), sesi ice-breaking, perjalanan beberapa modul dan beberapa aktiviti sukan. Pada majlis penutup, Encik Zulkifli bin Mamat serta beberapa orang felo dan staf pejabat selaku tetamu jemputan telah dipersembahkan dengan beberapa buah persembahan seperti drama, band dan puisidra daripada pelajar- pelajar baru.
“Saya berharap agar mahasiswa dan mahasiswi ambilan Disember 2010/2011 ini tidak akan mensia- siakan menjadi sebahagian daripada keluarga Ibu Kandung Suluh Budiman. Walau bagaimanapun, saya juga amat berharap agar pencapaian akademik selaras dengan pencapaian rohani dan jasmani. Justeru itu, saya menggalakkan agar semua pelajar melibatkan diri dengan secara aktif di dalam semua program yang telah dirangka oleh Jawatankuasa Mahasiswa Kolej’, ujar pengetua Kolej Aminuddin Baki, Encik Zulkifli bin Mamat.
Pengarah program, Mohd Farhan bin Gorment berharap agar hubungan yang terjalin antara pelajar- pelajar ini dengan JMK akan berkekalan. “Minggu Tautan Kasih ini mempunyai sedikit kelainan berbanding dengan program- program yang lepas kerana buat pertama kalinya aktiviti qiamulail dijalankan”, ujarnya lagi. 









Antara checkpoint (spider web) di dalam explorace

Gabungan fasilitator dan peserta

Sesi cabar minda semasa slot bersama Rakan Penggerak Addin



0 Comments:

Post a Comment



 

Aplikasi Atas Talian