Carian Dalam Blog

Seperti semester lalu, taklimat bersama pengetua kolej, Encik Zulkifli bin Mamat telah berlangsung mengikut peracangan. Seperti sudah menjadi tradisi, taklimat ini akan diadakan pada awal semester pada setiap sesi. Taklimat yang berlangsung selama 3 malam berturut- turut bermula daripada 11 Januari sehingga 13 Januari 2011 telah diadakan mengikut blok. Taklimat yang dipengerusikan oleh pengetua kolej telah diserikan lagi dengan kehadiran felo- felo blok Kolej Aminuddin Baki serta staf pejabat kolej.

Taklimat yang banyak menekankan tentang peraturan kolej kediaman telah dihadiri oleh hampir semua penghuni kolej. Walaupun kebanyakan pelajar mempunyai kelas pada waktu malam, namun ini tidak menghalang kelancaran program.

Pengetua kolej, Encik Zulkifli bin Mamat berharap agar setelah taklimat ini tamat, para pelajar dapat mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Jika gagal, tindakan akan diambil. Beliau juga mengingatkan bahawa tarikh akhir mendaftar barang elektrik adalah pada 28 Januari 2011. 

0 Comments:

Post a Comment



 

Aplikasi Atas Talian