Carian Dalam Blog

Pada 20 Julai tahun 2011 yang lalu, telah diadakan Malis Penghargaan dan Perpisahan buat pengetua Kolej Aminuddin Baki (KAB) iaitu Encik Zulkifli b. Mamat. Khidmat beliau yang akan ditamatkan pada bulan September tahun ini telah menjadi bual mulut seluruh warga kolej kerana khidmat dan jasa beliau yang telah banyak di curahkan kepada seluruh warga siswa dan siswi KAB tanpa mengira bangsa,agama dan warna kulit.

Encik Zulkifli telah memulakan kerjayanya menjadi pengetua kolej bermula pada tahun 2007 dan telah berkhidmat selama empat tahun berturut-turut. Segala ilmu dan jasa beliau terhadap warga kolej terutamanya pada Jawatan Kuasa Mahasiswa Kolej (JMK) dan Rakan Penggerak Addin/Rakan Surau (RPA/RS) akan di kenang selamanya kerana sifat kebapaan yang terdapat di dalam diri beliau serta sifat kekeluargaan yang sering di tekankan dalam menjayakan sesuatu program telah menjadi peransang minda dan emosi pelajar. Kata-katanya seperti "seseorang individu itu tidak akan berjaya tanpa kumpulan yang bekerjasama" akan menjadi ingatan untuk diamalkan oleh seluruh warga kolej. Pengunduran beliau dari KAB menjadi tamparan hebat buat semua warga kolej dan ini merupakan suatu kehilangan yang amat besar.


Semoga Encik Zulkifli berjaya dimasa hadapan. Doa kami seiring perjalanan ayahanda menuju kejayaan.
Jutaan terima kasih kerana jasa,ilmu dan pengorbanan Encik Zulkifli terhadap kami.




JMK/RE & RPA/RS 2011/2012






0 Comments:

Post a Comment



 

Aplikasi Atas Talian